Tuesday, January 25, 2011

PERHATIAN: Ujian 1


Satu ujian berkaitan topik Ukuran akan diadakan pada hari Khamis ini 27/1/2011 jam 2.30 - 3.00 petang. Soalan akan merangkumi tajuk-tajuk yang telah dipelajari sehingga 26/1/2011 iaitu ukuran panjang, jisim dan masa. Harap maklum.

Topik 4: Bentuk dan Ruang (4 Kredit/ 60 Jam)

Sinopsis:
Tajuk ini memberi peluang kepada pelajar meneroka aspek-aspek yang berkaitan dengan bentuk dan ruang. Bentuk-bentuk 2 Dimensi (2-D) dan 3 Dimensi (3-D) akan dipelajari melalui tugasan-tugasan praktikal melibatkan pembinaan geometrikal.


Hasil Pembelajaran:
Di akhir topik ini, pelajar diharapkan dapat:

1. menghubung kait sifat-sifat garis simetri dengan kehidupan seharian
2. membina beberapa jenis bentuk poligon yang biasa
3. menyelidik beberapa sifat bentuk 2-D dan 3-D
4. menyelesai masalah melibatkan situasi sebenar  mengenai bentuk dan ruang.

Subtopik dan Pembahagian Masa:

1. Garis dan Sudut                               5 jam
2. Pembinaan Geometrikal                  15 jam
3. Bentuk Dua Dimensi                       20 jam
4. Bentuk Tiga Dimensi                       20 jam
        
           Jumlah                                      60 jam


Kelas untuk topik 4, Bentuk dan Ruang, akan bermula pada 27/1/2011.

madzaiy@gmail.com

Sunday, January 23, 2011

Tugasan 2: Penyediaan Laman Blog Ukuran Asas

Tugasan2: (Markah 10%)
Anda dikehendaki menyediakan satu laman Blog yang memberi maklumat berkaitan dengan tajuk Ukuran Asas. Laman Blog anda hendaklah mempunyai perkara-perkara berikut:
1.       Pilih salah SATU tajuk berikut
a.       Ukuran Panjang
b.      Ukuran Jisim
c.       Ukuran Masa

2.       Tuliskan satu esei untuk memberi maklumat berkenaan tajuk yang dipilih

3.       Esei  hendaklah mengandungi maklumat  berikut:
a.       Sejarah/Latar belakang mengenai tajuk berkenaan
b.      Huraian yang jelas mengenai maksud ukuran berkenaan
c.       Unit yang digunakan untuk membuat ukuran berkenaan dan kaedah penukaran unit-unit terlibat
d.      Gambar beberapa alat pengukur yang sesuai (tradisional & moden)
e.      Aktiviti yang pernah anda lakukan berkait dengan ukuran berkenaan samada
                                                                           i.      Menganggar tinggi tangki air
                                                                         ii.      Menganggar jisim beberapa objek menggunakan unit syiling 1sen dan klip kertas
                                                                        iii.      Membina model jam matahari
f.        Sekurang-kurangnya 3 pautan ke laman web yang bersesuaian yang berkaitan dengan tajuk ukuran yang anda pilih sebagai rujukan
Tugasan ini hendaklah dimuat naik ke laman blog anda selewat-lewatnya pada 7 Februari 2011.

madzaiy@gmail.com
24 Januari 2011

Tuesday, January 4, 2011

Topik 3: Ukuran (1 kredit/ 15 Jam)

Sinopsis:

Dalam topik ini, pelajar akan didedahkan dengan idea mengenai ukuran  serta beberapa jenis ukuran asas seperti Panjang (length), Jisim  (mass) dan Masa (time). Pelajar akan dibimbing untuk memahami dan mengaplikasi ukuran dalam kehidupan seharian melalui aktiviti dan pembelajaran secara kontekstual

Hasil Pembelajaran:

Di akhir topik, pelajar akan dapat:
i. mengaplikasi aspek ketepatan dan kesesuaian dalam ukuran
ii. membuat anggaran dalam membuat ukuran sebenar
iii. menyelesaikan masalah berkaitan ukuran dalam situasi sebenar

Subtopik dan Pembahagian Masa:

i.     Konsep Ukuran                                2 jam
ii.    Panjang                                           4 jam
iii.   Jisim                                                4 jam
iv.   Masa                                                5 jam


 Tugasan 1:

Dalam kumpulan 4 atau 5 orang, sediakan pembentangan untuk 10 minit mengenai tajuk a) Maksud ukuran dan b) Sejarah/Latarbelakang  mengenai ukuran. Anda boleh mencari maklumat berkenaan secara online atau dari buku-buku di pusat sumber. Pembentangan akan dijalankan pada 5/1/2011 jam 9.00 pagi.